TAJUK
: KEBERKESANAN KOMUNIKASI DALAM
PEMBELAJARAN
MUHAMMAD
AFIQ BIN MOHD ZAKUWAN ( 910915-08-5691 )
MUHAMMAD SHAFFAWIE B MOHD ROSLAN ( 930809-08-5813 )
NADIRAH BT ABD MAJID ( 931223-08-6266
NOR HAZIMAH BT MAHYEDDIN ( 930818-08-6164 )
NOR HAZIMAH BT MAHYEDDIN ( 930818-08-6164 )
NOR ZAFIRAH BT ABDUL RAHMAN (
931003-08-6408 )
NAMA
PENYELIA : CIK NOR HANITA AZURA BT. MD TAJUDDIN
PENGHARGAAN
Kami ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penolong Kanan Tingkatan 6 Atas
iaitu Cik Nor Hanita Azura Bt. Md
Tajuddin kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian
mengenai komunikasi lisan dan bukan lisan dalam pembelajaran di kalangan
pelajar sekolah terutama kepada sasaran kajian kami iaitu pelajar tingkatan
enam .
Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penyelaras Kolokium Tingkatan 6 iaitu
Encik Zulkiflee bin Abdul Manaf kerana telah memberi kebenaran kepada kami
untuk menjalankan kajian mengikut kumpulan yang telah dibahagikan oleh beliau.
Ucapan terima
kasih sekali lagi kami tujukan kepada guru pebimbing kami iaitu Cik Nor Hanita
Azura Bt. Md Tajuddin yang memberi
tunjuk ajar serta sentiasa memberi sokongan dan bimbingan kepada kami tanpa
rasa jemu disepanjang kajian ini dijalankan.
Tidak lupa juga,
ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa kami kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada kami untuk menjayakan projek kolokium
ini dengan sempurna sehingga mencapai kecemerlangan dalam projek ini dengan
jayanya.
Akhir sekali, terima kasih juga kepada rakan-rakan
kumpulan yang membantu dalam menghasilkan kajian ini sehingga menjadi sebuah
buku yang sempurna dan lengkap untuk dikongsi bersama-sama rakan serta
guru-guru yang lain. Antaranya, Muhammad Afiq b. Mohamad Zakuwan selaku Ketua
Kumpulan, Muhammad Shaffawie b. Mohd Roslan, Nadirah bt. Abd Majid, dan Nor
Hazimah bt. Mahyeddin dan Nor Zafirah bt Abdul Rahman serta pelajar yang
memberi maklum balas semasa kajian soal selidik dijalankan. Kerjasama dari
semua pihak amat dihargai. Sekian, terima kasih.
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Proses komunikasi adalah suatu proses
yang berkaitan dengan tindakan manusia dengan dirinya sendiri, dengan orang
lain dan juga dengan persekitarannya. Begitu juga dengan peranan dan
tanggungjawab sebagai seorang guru dalam mengajar dan mendidik pelajar.
Jelaslah di sini bahawa tugas seseorang guru tidak dapat dipisahkan daripada
proses berkomunikasi dengan pelajar untuk menyampaikan ilmu kerana ia adalah
amanah Allah S.W.T. Oleh sebab itu, mereka perlu berhati-hati untuk
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini. Proses komunikasi amat penting
dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada individu lain. Apatah lagi dalam dunia
pendidikan. Tidak dapat dinafikan lagi peranan komunikasi dalam bidang
pendidikan memberikan impak yang besar kepada guru dan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang memiliki kemahiran berkomunikasi
akan dipandang sebagai seorang yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri.
Mereka dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Bahkan kemahiran berkomunikasi merupakan satu
bonus kepada seorang guru untuk menarik perhatian pelajar dan mendampingi
pelajar sekaligus dapat merapatkan jurang di antara mereka.
1.2 LATAR BELAKANG
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
kemahiran-kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar. Di
samping itu, kajian ini juga adalah bagi mengenalpasti halangan-halangan berkomunikasi dan langkah-langkah
untuk mengatasi masalah dalam berkomunikasi secara berkesan. Seramai 39
orang responden dari kalangan pelajar
tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting, bagi sesi 2011/2012
telah terlibat dalam kajian ini. Kajian
ini dilakukan secara kuantitatif dengan
menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian yang
mengandungi 10 item soalan. Data dianalisis menggunakan perisian
Microsoft Excel 2003.
. Data yang diperolehi dihuraikan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya,
hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi secara berkesan dalam
kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamunting berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini diakhiri
dengan beberapa cadangan dari penyelidik yang dikemukakan kepada pihak-pihak
tertentu. Kajian lanjutan juga turut
dicadangkan untuk kajian pada masa akan datang.
1.3 PENDEKATAN TEORI
Pelbagai
teori wujud di dalam kehidupan mengikut keperluan, bidang atau disiplin yang
tertentu, seperti teori Maslow (1970), teori diri (Charles Cooley 1864-1929),
teori pengurusan saintifik (Robert Owen (1771-1858), teori abad ke-20 (William
H.Sheldon 1940), teori konflik ( Taylor, Walton dan Young 1973) dan sebagainya.
Teori komunikasi adalah gabungan dua kata dasar iaitu teori dan komunikasi.
Teori mengikut Littlejohn (1996) adalah satu konsep yang cuba
menerangkan sesuatu pengalaman, idea tentang suatu fenomena yang berlaku atau
peristiwa manakala komunikasi menurut bahasa ialah kenyataan atau perhubungan
sementara menurut Miller(1996) satu situasi di mana sumber memancarkan
mesej kepada penerima dengan secara sedar bertujuan mempengaruhi perlakuan
penerima. Ini bermakna gabungan dua kata dasar teori komunikasi adalah satu
percubaan menerangkan, menjelaskan, membuat ramalan dan menjadi panduan untuk
memahami sesuatu situasi fenomena komunikasi.
Fungsi-fungsi
teori komunikasi.
Teori
komunikasi adalah menjelas dan menerangkan fungsi-fungsinya seperti teori
menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman, teori memanjangkan
ilmu, teori merangsang dan menjadikan panduan untuk kajian pada masa hadapan
serta teori membantu dalam membuat sesuatu ramalan.
1)
Teori menyusun dan membuat rumusan tentang sesuatu
pengalaman;
Teori
ini adalah dapat membantu mengumpul segala pengalaman suatu perlakuan
komunikasi dalam ke dalam beberapa proposisi atau pernyataan. Teori ini berjaya
dan berkesan dilaksanakan di Iran
semasa pemerintahan rejam Shah Iran .
Shah Iran
adalah seorang pemimpin yang meminati peralatan militari, tenaga nukelar dan
teknologi komunikasi. Dengan keadaan bentuk muka bumi negara Iran yang
bergunung ganang, Shah Iran telah membuat perlaburan yang besar dalam bidang
teknologi penyiaran yang bertujuan memancarkan setiap mesej menyokong
pembangunan, pemaparan kehidupan kelas atasan dan menengah, menyalur tema
modenisasi dan penekanan mobliti sosial bergerak ke atas. Ke semua mesej ini
adalah sebenarnya menyokong dan prorejam Shah Iran . Melihat kepada bertapa berkesan
media boleh mempengaruhi penyokongnya, maka pengalaman ini telah menyedar
Ayatollah Khomeini dalam buangan yang tidak sehaluan serta menentang
pemerintahan rejim Shah Iran telah mengunakan sepenuhnya alat komunikasi kecil
untuk menyampai mesej kepada pengikutnya dalam usaha penentangan berterusan
kepada pemerintahan Shah Iran. Kalau Shah Iran mengunakan gelombang mikro dan
satelit menyampai mesej-mesejnya tetapi Ayatollah Khomeini menyampaikan
mesej-mesej agama dan politiknya kepada penyokong-penyokongnya dalam bentuk
pita-pita rakaman, surat
khabar, mimegraf dan salinan foto. Mesej ini tersebar luas di seluruh Iran walaupun
pihak pemerintah berusaha menghalangnya dan akhirnya pemerintahan Shah Iran tersungkur
juga pada 1978.
2)
Teori memanjangkan ilmu
Sesuatu
pernyataan dalam teori tertentu akan dapat membantu menjangkau apa yang mungkin
berlaku nanti berasaskan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Misalnya Harry Levinson pernah meramalkan bahawa krisis organisasi akan
berterusan selagi pengurus, pegawai atasan dan pemimpin terus mengekalkan sikap
asas mereka bahawa pihak yang berkuasa menganggap mereka yang tiada kuasa itu
sebagai alat oleh pihak yang berkuasa kerana mereka mengekalkan struktur
anakronistik organisasi yang memusnahkan nilai diri dan kejayaan individu.
Menjangkau ini terbukti, bila suasana mesra berkerja tidak ada, produktif
menurun, berlaku sabotaj, berlaku isolat antara kalangan staf dan akhirnya
boleh memusnahkan organisasi.
Dari
prespektif yang lebih objektif, seorang pengurus boleh menjangkau bahawa
mempunyai kakitangan yang baik dan kakitangan yang mendapat maklumat yang
berkesan akan memberi keuntungan yang besar sesebuah organisasi atau syarikat.
Hakikat ini diakui oleh Fred T.Alleh, pengerusi dan presiden Pitney
Bowes mempercayai bahawa semakin banyak maklumat yang diketahui oleh pekerja,
maka semakin lebih baik pekerja itu. Begitu juga Edwards Carlson,
pengawai eksektutif United Airlines, menilai bahawa perjalanan yang jauh
semata-mata mengunjungi dan mengadakan program pengurusan untuk stafnya
menganggap sebagai faktor utama dalam menghasilkan keuntungan kewangan
syarikatnya.
3)
Teori merangsang dan menjadikan panduan untuk kajian
pada masa hadapan:
Ramalan
dalam sesuatu teori khususnya teori yang pernah dibuat oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu sebenarnya akan dapat membantu para pengkaji komunikasi melakukan
penyelidikan seterusnya dalam bidang-bidang tertentu. Ini bermakna hasil-hasil
kajian lepas boleh dijadikan garis panduan, sumber untuk melakukan atau
memperlengkapkan lagi sesuatu kajian dan penyelidikan terkini.
Contohnya,
pengkaji A telah menyiapkan penyelidikan tentang kehidupan seorang
kanak-kanak yang tinggal bersama ibubapanya sendiri dan kehidupan kanak-kanak
yang tinggal bersama orang lain dengan kaedah kaedah eksperimen (ibubapa
dipaksa bercerai untuk memenuhi kajian). Mengikut pengkaji B, walaupun
hasil kajian si A telah berjaya menemui beberapa hasil dan kesan kepada
kehidupan kanak-kanak yang dikaji tetapi daripada sudut moral, etika dan sejadi
tidaklah dapat dipatuhi. Oleh itu hasil daripada kajian ini pengkaji B telah
terdorong akan melakukan penyelidikan dengan pendekatan atau kaedah lain
seperti menggunakan kaedah "Ex Post Facto" yang lebih nutural
atau sejadi, iaitu menjalankan kajian ke atas kehidupan kanak-kanak yang masih
tinggal dengan ibubapa mereka dan kehidupan kanak-kanak disebabkan ibubapa
mereka telah bercerai secara semulajadi.
Contoh
Noran Fauzah Yaakub telah menulis tentang kebudayaan yang dimuatkan dalam
bukunya "penghantar sosiologi" bagi memenuhi keperluan kursus
sosiologi yang ditawarkan di universiti-universiti. Beliau telah merujuk kepada
hasil-hasil kajian dan teori kebudayaan seperti Edwar B.Taylor(1871), Clyde
Kluckohn (1949), William Fielding Ogburn (1922) dan Talcott parsons (1951) dan
sebagainya.
4)
Teori membantu dalam membuat ramalan:
Suatu
teori yang mengandungi variabel dan hubungan di antaranya membolehkan kita
membuat jangkaan tentang kejadian yang kita tidak pernah alami sebelum ini.
Contohnya Ali (bukan nama sebenarnya -kisah benar ) adalah seorang yang pendiam
tetapi amat mudah mendapat sahabat, kuat berkerja dan pernah mendapat
perkhidmatan yang cemerlang di pejabatnya. Apabila Ali ditukarkan ke lain
jabatan (baru), sikapnya tetap tidak berubah kerana sikapnya yang semulajadi,
mudah mendapat kawan tetapi selalu berhati-hati. Kali pertama Ali hadir dalam
mesyuarat di pejabat barunya yang dipengerusikan oleh ketua barunya, Ali
mendapat sesuatu yang ganjil kepada ketua barunya berbanding dengan bekas
ketuanya dipejabat lama sebelum ini. Sejak itu Ali sedang memerhati dan menilai
setiap hubungannya dengan ketuanya dan berhati-hati dengan rakan-rakan
sejawatnya dan bawahannya. Sebagai pegawai di bawahannya, Ali mematuhi setiap
arahan yang dilakukan oleh ketuanya. Walaupun Ali sentiasa mematuhi arahannya,
namun kerana sikap ketuanya suka mengarah yang keterlaluan dan adakalanya
bersifat paksaan dan tidak toleran, suatu hari Ali dengan sengaja tidak
memenuhi arahannya untuk menghadiri seminar yang diadakan di hotel terkemuka di
Kota Kinabalu atas alasan Ali akan menghadiri satu lagi mesyuarat di pejabat
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah pada tarikh yang sama. Akibat alasan
Ali, ketuanya yang tidak berpuashati dengan alasan Ali telah menelefon pengarah
pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah menanyakan perihal mesyuarat itu.
Panggilannya tidak mendapat jawapan yang sewajarnya, maka ketua itu menemui Ali
di bilik Ali dan berkata "arahan saya, mesti kau patuhi"
lantas memarahinya dengan nada suara yang kuat yang boleh didengar oleh
pegawai-pegawai lain. Selepas itu, ketua itu keluar dari bilik Ali. Sejak itu
Ali telah memberi tanggapan bahawa ketua itu adalah ketua yang tidak beradab,
berang, pemarah, tidak diplomasi dan tidak toleran. Atas peristiwa itu, Ali
meramalkan dan memberi kesimpulan bahawa interaksi dan perhubungan seterus
dengan ketuanya tidak lagi baik malah tidak lagi berlaku. Sehinggalah Ali
ditukarkan ke lain Unit. Sehingga kini Ali dan bekas ketuanya tidak lagi
bertegur sapa walaupun tersua/terjumpa.
1.4 PENYATAAN
MASALAH
Sejak lahir
kita didedahkan dengan ilmu pengetahuan. Tidak kira dari apa jua sumbernya,
yang penting kita akan belajar sesuatu perkara seperti juga seorang kanak-kanak
iaitu apabila dia mencapai umur lima
tahun dia akan dihantar ke sekolah rendah dan seterusnya ke sekolah menengah
dan akhirnya ke menara gading atau institusi-institusi pengajian yang lain.
Tambahan
pula, pencapaian dalam akademik merupakan ukuran paling tinggi bagi seseorang
penuntut. Namun begitu, pada masa kini, dengan sekeping ijazah tidak akan
menjamin pastinya mendapat pekerjaan apabila keluar bekerja kelak. Permintaan
terhadap tenaga sumber manusia adalah tinggi kerana banyak kerja yang boleh
diganti dengan teknologi yang kian canggih. Oleh sebab itu, individu harus melengkapkan
diri dengan kemahiran-kemahiran yang lain selain pencapaian akademik yang
cemerlang.
Penyampaian
maklumat oleh guru kepada pelajar perlulah betul dan tepat. Namun pengajaran
guru yang betul dan tepat juga akan mendatangkan hasil jika pelajar tidak
mempunyai kemahiran untuk menerima maklumat tersebut. Cara untuk mendapatkan
maklumat tersebut dapat diperolehi apabila seseorang itu mempunyai kemahiran
komunikasi berkesan seperti kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan dapat
mengawal keadaan persekitarannya. Ini kerana keadaan persekitaran juga boleh
mempengaruhi pelajar untuk menggunakan kemahiran komunikasi. Pelajar seharusnya
sudahpun memiliki pengetahuan asas berkaitan komunikasi berkesan. Gaya penggunaan kemahiran
komunikasi pula boleh mempengaruhi peribadi pelajar
agar lebih
berkeyakinan untuk menimba ilmu.
Justeru,
kajian ini bertujuan mengkaji tentang kemahiran berkomunikasi
secara berkesan dalam kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting.
1.5 TUJUAN KAJIAN/ OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama
kajian ini dijalankan adalah untuk :
1. Mengenalpasti
kemahiran-kemahiran untuk berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar
tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
2. Mengenalpasti
halangan-halangan untuk berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar
tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
3. Mengenalpasti langkah-langkah untuk mengatasi
masalah dalam berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamunting.
1.6
KEPENTINGAN KAJIAN
Penyelidik melakukan penyelidikan ini
untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran berkomunikasi
secara berkesan. Ini adalah kerana pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting merupakan bakal bergelar mahasiswa yang akan menyambung
pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
selepas menamatkan STPM dan seterusnya akan memasuki dunia pekerjaan
terutamanya dalam bidang pendidikan .
Justeru itu, kemahiran tersebut
perlu diberikan penekanan agar mereka dapat melengkapkan diri dengan kemahiran
berkomunikasi untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hasil kajian ini diharap dapat menjadi panduan kepada penyelidik, bakal
pendidik dan juga pendidik serta kepada pihak-pihak tertentu yang dibahagikan
kepada dua sasaran utama.
1.7
DEFINISI KONSEPTUAL DAN
OPERASIONAL
Komunikasi yang efektif bukan sahaja
dapat membantu kita menyelesaikan masalah tetapi juga membantu dalam
memperbaiki perhubungan. Pakar dalam bidang komunikasi percaya bahawa
komunikasi yang lemah merupakan punca kepada kebanyakan masalah dan komunikasi
yang efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakan masalah (Pearson, 2000).
Justeru itu, dengan memahami prinsip dan teori komunikasi yang baik dan
menggabungkannya dalam praktikal boleh menyelesaikan permasalahan antara
rakan-rakan, negara, pengurusan, buruh, guru dan pelajar. Dengan erti kata
lain, komunikasi yang efektif tidak boleh menyelesaikan semua masalah di dunia
tetapi boleh menyelesaikan atau mengelak kebanyakan daripada permasalahan
tersebut. Komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita tahu, sesuatu proses
itu tiada permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terus-menerus
tanpa henti (Mansor et. al 1984). Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan
satu proses yang pastinya bermula dan tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap
hari pasti kita berkomunikasi samada secara langsung atau tidak langsung,
samada sedar atau tidak. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara.
Komunikasi bukan hanya melibatkan pertuturan atau percakapan dengan diri kita
semata-mata tetapi kita juga berkomunikasi dengan alam sekitar.
a)
Kemahiran Interpersonal
Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner ,1993), kemahiran
interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang
lain dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu
keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan
maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi.
Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui
interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan
individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang
lebih baik menyesuaikan
dirinya dengan persekitarannya.
Komunikasi Interpersonal berlaku apabila
dua, tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan
perasaan. Komunikasi berlaku samada dengan perantaraan media seperti telefon
atau berlaku secara berdepanan (Fiordo, 1990). Komunikasi Interpersonal
kadangkala dipanggil juga komunikasi muka ke muka atau komunikasi antara
individu. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua atau beberapa
individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan saluran atau
medium yang kompleks dan berorganisasi. Pengirim dan penerima komunikasi itu
menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk :
b)
Komunikasi Lisan (Verbal)
Bahasa
merupakan unsur penting dalam komunikasi verbal. Pearson (2000) mengatakan
bahawa bahasa adalah merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai
makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk
berkomunikasi. Menurut Sulaiman (2002), pula komunikasi jenis ini boleh berlaku
secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan
juga dilihat boleh mengeratkan sillaturrahim antara manusia dan boleh
menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Komunikasi jenis ini boleh
biasanya berlaku secara informal. Komunikasi formal pula adalah seperti
mengajar, mesyuarat, taklimat, temuduga dan pengucapan awam. Misalnya untuk
mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi
rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah ia perlu melakukan dengan
baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi pengajarannya pasti
membosankan. Che Su dan Mohd Fo’ad (1993), mengatakan untuk menjadikan
pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti
pertuturan yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua
hala.
c)
Komunikasi Bukan Lisan (Nonverbal)
Dalam usaha mencapai matlamat P&P
yang baik, komunikasi tanpa lisan adalah perlu. Ini penting kerana kajian yang
dijalankan oleh Birdwhistell (1955 dalam Che Su dan Mohd Fo’ad, 1993)
menunjukkan bahawa lebih kurang 35 peratus komunikasi lisan dan selebihnya
adalah komunikasi tanpa lisan. Sementara Harisson (1974, dalam Che Su dan Mohd
Fo’ad, 1993) menghuraikan bahawa 93 peratus daripada makna yang disampaikan
melalui komunikasi adalah bersifat tanpa lisan. Komunikasi bukan lisan boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi isyarat dan komunikasi
visual. Komunikasi isyarat ialah makna yang dilahirkan oleh bunyi, gerakan
anggota badan, memek muka, objek atau sebarang rekabentuk yang diluar
daripada penggunaan biasa oleh sistem
bahasa yang formal. Komunikasi isyarat berbeza-beza
maknanya mengikut budaya bangsa. Sesuatu
pergerakan yang biasa dilakukan oleh orang melayu adalah berbeza maksudnya
apabila dilihat dan ditafsir oleh bangsa lain (Sulaiman, 2002). Selain itu,
komunikasi visual pula membolehkan kita berkomunikasi menggunakan imej-imej
visual seperti gambar, lukisan atau illustrasi tertentu. Komunikasi visual
boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu komunikasi grafik, imej bergerak dan
komunikasi bertulis. Komunikasi grafik biasanya disampaikan melalui media masa
seperti akhbar, risalah majalah dan sebagainya. Sementara komunikasi imej
bergerak lazimnya digunakan oleh televisyen dan video. Media ini berfungsi
unutk rancangan pendidikan dan demonstrasi. Kelebihan media ini menggunakan
kombinasi imej visual, perkataan dan audio untuk menyampaikan mesej yang
realistik.
1.8 PERSOALAN KAJIAN
1. Terdapat
faktor-faktor halangan yang menjejaskan keberkesanan komunikasi dalam kalangan
pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
2. Terdapat
perbezaan tahap penguasaan kemahiran interpersonal dalam kalangan
pelajar-pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
3. Terdapat
perbezaan tahap komunikasi lisan dalam pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar
tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
4. Terdapat
perbezaan tahap komunikasi bukan lisan dalam pembelajaran di kalangan
pelajar-pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
5. Terdapat
perbezaan yang signifikan dalam penguasaan komunikasi berdasarkan jantina di
kalangan pelajar–pelajar tingkatan enam
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
Bab 2 : Kajian Lepas
Kajian mengenai kebimbangan komunikasi mula
diteroka di Amerika Syarikat sejak awal 1970an. Mislanya kajian oleh Wells (1970) dan Weiner (1973)
mendapati pelajar yang mempunyai
kebimbangan komunikasi yang tinggi kebiasaannya akan memberikan komen
yang tidak relevan dan cenderung untuk lebih banyak berdiam diri dalam
perbincangan tersebut. Kajian oleh Hamilton (1972) dan
Fenton dan Hopf,(1976) juga mendapati individu yang tinggi tahap kebimbangan
komunikasi jarang bercakap dalam komunikasi kumpulan kecil. Terdapat juga
kajian yang menunjukkan individu yang tinggi tahap kebimbangan komunikasi
selalunya gagal dalam temuduga mendapatkan pekerjaan (Daly & Stafford1984).
Sekiranya mereka berjaya, individu tersebut kebiasaannya kurang memperolehi
kepuasan kerja, terutama dalam kumpulan kerja kumpulan atau dalam aktiviti
yangmemerlukan banyak interaksi. Kajian berkaitan dengan hubungan antara
kebimbangan komunikasi denganpencapaian akademik pelajar telah dilakukan oleh
McCroskey, Daly dan Sorenson(1984). Hasil kajian ini menunujukkan terdapat
hubungan yang signifikan antara keputusan akademik dan kebimbangan komunikasi
pelajar. Kajian tersebut mendapati pelajar yang tinggi tahap kebimbangan
komunikasinya mendapat keputusan akademik yang kurang memuaskan berbanding
dengan pelajar yang melaporkan tahap kebimbangan komunikasi rendah. Keputusan
yang sama diperoleh oleh kajian yang dibuat oleh Hurt dan Preiss (1978) diman
kajian mereka ke atas pelajar sekolah gred 7 hingga gred 12 menunujukkan pelajar
yang tinggi tahap kebimbangan komunikasi bersikap negatif terhadap sekolah dan
pencapaian akademik.Kajian yang meneliti hubungan antara kebimbangan komunikasi
dan faktor-faktor demografi mendapati kanak-kanak yang tinggal di kawasan
pendalaman lebih tinggi tahap kebimbangan komunikasinya berbanding dengan
mereka yang dibesarkan Bandar . perempuan lebih tinggi tahap kebimbangan
komunikasinya berbanding dengan lelaki. Kajian tempatan telah dilakukan oleh
Fuziah Kartini (1995) di kalangan pelajar tahun tiga dan tahun empat Universiti
Kebangssaan Malaysia .
Hasil kajian beliaumendapati faktor demografi seperti bangsa, jantina, tahun
pengajian dan status sosioekonomitidak mempengaruhi kebimbangan komunikasi
pelajar. Penemuan ini tidak konsistendengan penemuan kajian lepas yang
dilakukan oleh sarjana komunikasi Amerika Syarikat terutama sekali berkaitan
dengan pembolehubah jantina.Kajian beliau juga mendapati terdapat hubungan yang
signifikan di antara tahapkebimbangan komunikasi dan keaktifan dalam aktiviti kokurikulum
pelajar. Kajian beliau mendapati semakin tinggi tahap kebimbangan komunikasi
pelajar semakin tidak aktifmereka dalam aktiviti kokurikulum. Seterusnya kajian
beliau juga mendapati tahapkebimbangan komunikasi mempengaruhi tahap pencapaian
akademik pelajar; hasil ujian korelasi Pearson menunjukkan semakin tinggi tahap
kebimbangan komunikasi pelajarsemakin rendah pencapaian akademik mereka. Allen
dan Bourhis (1992) mendapati teerdapat hubungan negatif yang signifikan antara
kebimbangan komunikasi dan prestasi kognitif. Hasil kajian ini mendapati
pelajar yang takut berkomunikasi, gagal berkomunikasi dengan berkesan. Kajian
Allan danBourhis seterusnya (1996) juga menyokong keputusan kajian mereka
sebelum ini iaitumereka mendapati terdapat hubungan negatif yang signifikan
antara tahap kebimbangankomunikasi dan kemahiran komunikasi. Fordham dan Gabin
(1996) pula mendapati ketakutan untuk berkomunikasidengan lebih kerap boleh
menghalang individu daripada berkomunikasi dengan lebihberkesan walaupun ia mempunyai
kemahiran komunikasi yang memuaskan. Ini
menyebabkan individu yang takut berkomunikasi akan dianggap sebagai komunikator
yang tidak kompeten. Menurut Fordham dan Gabbin (1996) lagi, inidvidu yang
tinggi tahap kebimbangan komunikasi juga didapati sukar untuk bekerja dengan
rakan sekerja,kurang peluang kenaikan pangkat atau maju dalam kerjaya mereka.
Kesemua ini berpunca daripada kebimbangan dan bukannya disebabkan oleh kurang
mahir dalamkomunikasi. Kebimbangan komunikasi di kalangan pelajar juga boleh menjejaskanpengalaman
pembelajaran mereka. Contohnya pelajar yang tinggi tahap kebimbangannya kurang
terlibat dalam perbincangan kelas, bertanyakan soalan untuk penjelasan daripada
gurunya atua memohon bantuan daripada pengajar (Borzi & Mill, 2001).
BAB 3 : METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Kajian ini bertujuan mengkaji faktor
–faktor yang menjadi halangan dalam kalangan pelajar untuk berkomunikasi dengan
baik dalam proses pembelajaran di sekolah. Bab ini mengemukakan metodologi
kajian yang meliputi reka bentuk kajian, instrumen kajian , skop dan had kajian
, subjek kajian , prosedur pengumpulan data, dan penganalisisan data statistik.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian berbentuk tinjauan
telah dilaksanakan dalam kajian ini di mana pengkaji menggunakan
satu set soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden sebagai alat
utama bagi mengumpul
maklumat berkaitan tahap kefahaman konsep komunikasi, faktor-faktor yang
menjadi halangan untuk berkomunikasi dengan baik dan langkah-langkah yang
diambil untuk menangani masalah komunikasi dalam kalangan pelajar. Soal selidik digunakan untuk
mendapatkan maklumat mengenai persekitaran sebenar terhadap jenis–jenis
komunikasi yang diamalkan di sekolah. Penyelidik bertanggungjawab untuk
mengenal pasti punca –punca yang menjadi halangan kepada pelajar untuk
berkomunikasi secara berkesan dalam pembelajaran dan mencari langkah-langkah
yang sesuai bagi menangani masalah tersebut berpandukan kebijaksanan penyelidik
menggunakan sumber yang ada.
3.3 INSTRUMEN KAJIAN
Instumen kajian merupakan alat yang
digunakan untuk mendapatkan data dari sampel. Dalam kajian yang dijalankan ini,
instrumen yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik. Penyelidik
menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian kerana ianya dapat
menjimatkan kos, masa dan tenaga penyelidik bagi mengumpulkan data. Menurut
Mohamad Najib Abdul Ghafar (2006), soal selidik mudah ditadbir setelah ia
dibina dengan baik dan data yang diperolehi mudah untuk diproses. Selain itu,
soal selidikdan ini mengandungi soalan yang sama kepada semua responden. Oleh
yang demikian, melalui soal selidik ini dapat menghasilkan keputusan yang tepat
di samping jumlah responden yang ramai. Responden juga diberi kebebasan untuk
menjawab soal selidik dengan jujur kerana segala maklumat akan dirahsiakan.
3.4 SKOP DAN HAD KAJIAN
Penyelidikan ini dijalankan
di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK).Lokasi tersebut dipilih
memandangkan SMKK mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Selain itu,pemilihan
SMKK sebagai lokasi juga memudahkan para penyelidik dari segi kos dan logistik.
Penyelidikan ini terbatas kepada aspek yang diselidiki dan berpandukan soal
selidik yang disediakan.Ia juga terbatas kepada sampel-sampel yang dipilih
sahaja. Namun, para penyelidik tidak dapat memastikan sejauh manakah keikhlasan
sampel-sampel dalam memberI respons kepada pernyataan-pernyataan yang
dikemukakan di dalam soal selidik yang digunakan.
3.5 SUBJEK KAJIAN
Populasi penyelidikan ini
terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
(SMKK). Seramai
39 orang pelajar tingkatan 6 dijadikan sampel kajian telah mengambil bahagian
dalam kajian ini. Daripada jumlah ini, seramai 14 orang (35.90%) pelajar lelaki
manakala seramai 25 orang (64.10%) pelajar perempuan. Julat umur pelajar yang
terlibat pula adalah antara 19 hingga 21 tahun. Responden terdiri daripada
etnik Melayu, Cina,dan India .
Pelajar yang beragama Islam adalah seramai 37orang (94.87%), diikuti 1 orang
(2.56%) beragama Hindu, 1 orang (2.56%) beragama Buddha
3.7 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Satu
kaedah pengumpulan data telah digunakan untuk penyelidikan ini iaitu
(a) soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk
mendapatkan data dan seterusnya data yang diperolehi akan dianalisis.
3.8
PENGANALISISAN DATA STATISTIK
Maklumat-maklumat mentah
yang diperolehi melalui kaedah soal selidik dikumpul, dihitung dan dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2003. Maklumat untuk setiap bahagian
akan diperolehi dan seterusnya digunakan bagi menghasilkan graf-graf
untuk menentukan tahap sikap responden
terhadap penyelidikan komunikasi para pelajar Tingkatan 6 SMKK ..Maklumat
daripada graf melalui data yang dianalisis adalah seperti berikut yang
ditunjukan dalam jadual 3.8.1.
Jadual 3.8.1
Maklumat data yang dipeolehi melalui kaedah soal selidik.
Bahagian A :
Kefahaman tentang konsep komunikasi.
Soalan
|
ya
|
Tidak
|
1
|
37
|
2
|
2
|
39
|
0
|
3
|
34
|
5
|
Bahagian B : Halangan berkomunikasi berkesan.
Soalan
|
Ya
|
Tidak
|
4
|
26
|
13
|
5
|
13
|
26
|
6
|
4
|
35
|
7
|
8
|
31
|
8
|
3
|
36
|
Bahagian
C : Langkah-langkah mengatasi masalah komunikasi
Soalan
|
Ya
|
Tidak
|
9
|
28
|
11
|
10
|
10
|
29
|
3.9 RUMUSAN
Bab ini telah menjelaskan
tentang keseluruhan kaedah penyelidikan. Tujuh perkara yang berkaitan dengan
kaedah penyelidikan telah dibentangkan iaitu reka bentuk penyelidikan,
instrumen kajian, skop dan had kajian, subjek kajian, prosedur pengumpulan data
dan penganalisisan data statistik.. Penganalisisaan data yang dibuat dengan
menggunakan perisian Microsoft Excel 2003 dan dapatannya dibentang dalam bab 4
berikutnya.
BAB
4 : PENGANALISISAN DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN
Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan respondan terhadap kajian
mengenai Kemahiran komunikasi dalam
pembelajaran tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
Maklum balas responden melalui soal selidik dikumpul dan dianalisis.
Secara amnya, hasil analisis dibentang dalam dua bahagian iaitu
dapatan mengenai
Kefahaman tentang komunikasi dan halangan dalam komunikasi yang
menjadi masalah dalam pembelajaran di dalam kelas dalam tingkatan enam sesi
2011/2012.
4.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Responden penyelidikan ini terdiri daripada 39 orang pelajar
Tingkatan 6
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Dapatan-dapatan
tentang latar belakang responden menunjukkan 30% responden adalah
pelajar lelaki dan
70% adalah pelajar perempuan. Kesemuanya (100%) terdiri daripada
pelajar aliran
kemanusiaan, berbagai
bangsa yang sedang menduduki STPM.
KEPUTUSAN KAJIAN
4.3 ANALISIS STATISTIK
Analisis statistik dibuat untuk menentukan
tahap bagi setiap bahagian yang di tengahkan oleh penyelidik. Analisis adalah
berdasarkan respons yang diberi oleh subjek sasaran penyelidik iaitu
pelajar-pelajar tingkatan enam Sekolah menengah Kebangsaan Kamunting . Respon
yang diperoleh mengikut bahagian yang ingin dikaji iaitu kefahaman tentang konsep
komunikasi, halangan dalam berkomunikasi dan langkah-langkah mengatasi masalah
komunikasi.
Bahagian
A : Kefahaman tentang konsep komunikasi.
Soalan
|
Ya
|
tidak
|
1
|
37
|
2
|
2
|
39
|
0
|
3
|
34
|
5
|
Bahagian B : Halangan berkomunikasi berkesan.
Soalan
|
Ya
|
Tidak
|
4
|
26
|
13
|
5
|
13
|
26
|
6
|
4
|
35
|
7
|
8
|
31
|
8
|
3
|
36
|
Bahagian C : Langkah-langkah mengatasi masalah komunikasi
Soalan
|
Ya
|
Tidak
|
9
|
28
|
11
|
10
|
10
|
29
|
4.4
RUMUSAN
Bab 4 ini telah mengemukakan
dapatan-dapatan penyelidikan yang berkaitan dengan responden.Semua dapatan yang
dikumpul secara kuantitatif yang berkaitan dengan persoalan penyelidikan telah
dikemukakan. Rumusan keseluruhan penyelidikan ini akan dibincangkan selanjutnya
dalam bab 5 berikut.
BAB 5 : PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 PENDAHULUAN
Bab ini akan membincangkan
,merumus keseluruhan data dan juga maklumat
yang telah dianalisis dan dikaji di dalam bab 4 .Beberapa rumusan dan
kesimpulan turut dikemukan .Tambahan lagi dalam kajian ini turut dibentangkan
ialah implikasi hasil penyelidikan serta cadangan untuk meningkatkan mutu
penyedilikan pada masa depan .
5.2
PERBINCANGAN HASIL PENYELIDIKAN
Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk
melihat penguasaan kemahiran komunikasi dalam pembelajaran responden iaitu
pelajar–pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK).
Ini kerana komunikasi adalah merupakan unsur terpenting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Setiap hari , pelajar perlu berkomunikasi dengan gurunya dan
begitu juga perlunya komunikasi guru terhadap pelajarnya samada secara lisan
atau bukan lisan. Hubungan ini sangat penting dan jalinan komunikasi yang erat
dapat membuat interaksi dengan guru akan lebih mudah. Oleh sebab itu,
perbincangan kajian ini akan dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu :
i)
Perbincangan mengenai kefahaman tentang
komunikasi di kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Kamunting.
ii)
Perbincangan mengenai halangan –
halangan komunikasi berkesan dalam pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
iii)
Perbincangan mengenai langkah-langkah
yang diambil bagi menangani masalah komunkasi dalam pembelajaran di kalangan
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting.
Kefahaman tentang komunikasi
Penemuan
kajian ini menunjukkan bahawa responden memahami konsep komunikasi ini secara
keseluruhan berdasarkan kepada respon yang diperoleh. Elemen mengenai kefahaman
berkomunikasi ini terkandung dalam Bahagian A soal selidik yang mengandungi
tiga soalan.Aspek kemahiran berkomunikasi ditekankan dalam soal selidik dan
menjadi salah satu sublakala utama adalah kerana kefahaman berkomunikasi
penting kepada kita khususnya kepada
pelajar-pelajar.
Berdasarkan
respon yang diberikan terhadap soalan pertama yang diutarakan didalam soal
selidik berkaitan kefahaman berkomunikasi secara umum dilihat masih ada
segelintir pelajar yang tidak memahami konsep komunikasi. Pelajar ini
seharusnya mengambil pendekatan yang wajar untuk memahami konsep komunikasi
dalam kehidupan kerana adalah sangat penting untuk berinteraksi secara
berilmiah untuk mewujudkan jaringan mesra di kalangan pelajar-pelajar. Persepsi
pelajar terhadap kepentingan komunikasi dalam pembelajaran mendapat reaksi
positif dimana kajian yang diperoleh mendapati soalan kedua yang diajukan
kesemua responden bersetuju pentingnya komunikasi dalam pembelajaran. Soalan
ketiga berkaitan dengan kesediaan penerimaan mesej . Kajian dibuat mendapati
hanya 5 orang daripada 39 responden tidak bersedia menerima mesej yang akan
disampaikan oleh peyampai mesej. Pelajar tersebut seharusnya sentiasa bersedia
untuk menerima setiap mesej yang disampaikan supaya mesej tersebut di fahami
secara jelas.
Halangan dalam komunikasi
Penemuan kajian menunjukkan bahawa
responden menghadapi masalah berkomunikasi dalam pembelajaran berdasarkan
respon yang diperoleh. Elemen mengenai halangan dalam
komunikasi ini terkandung dalam Bahagian B soal selidik yang mengandungi lima soalan. Pengkaji
telah mengenal pasti halangan tertentu yang sering dihadapi oleh pelajar untuk
berkomunikasi secara berkesan.
Item soalan keempat berkaitan dengan tindakan
segera yang diambil oleh pelajar setelah menerima mesej. Seramai 26 responden
bersetuju untuk mengambil tindakan segera berbanding 13 responden selebihnya
tidak mengambil tindakan segera setelah menerima mesej .Jumlah ini dilihat
merupakan angka yang agak besar dan perlu diberi perhatian. Responden yang
tidak mengambil tindakan segera akan menjadi penghalang kepada responden lain
untuk berinteraksi degan baik. Pengkaji berpendapat bahawa setiap responden
perlu memainkan peranan masing-masing dengan mengambil tindakan segera sebagai
tindak balas untuk membentuk jaringan
komunikasi secara berkesan.
Item
seterusnya ialah soalan kelima berkaitan dengan masalah pelajar untuk
berkomunikasi dengan guru ketika di dalam kelas..Berdasarkan respon yang
diperolehi menunjukkan bahawa masalah berkomunikasi pelajar tehadap guru berada
di tahap yang kurang memuaskan. Seramai 13 responden bersetuju bahawa mereka
ini mempunyai masalah berkomunikasi dengan guru. Situasi ini dianggap serius
kerana pengkaji berpendapat bahawa jika masalah ini tidak diatasi dengan segera
kemungkinan besar akan menjejaskan prestasi akademik pelajar. Guru-guru perlu mengkaji semula punca masalah ini
berlaku dan menilai semula kaedah komunikasi yang diamalkan di sekolah supaya
pelajar menerima mesej sepenuhnya daripada guru. .
Penghalang
dalam komunikasi seterusnya ialah kesukaran pelajar untuk berkomuniksai
disebabkan factor gagap atau pelat bahasa. Soalan keenam ini diajukan kepada
responden kerana bukan semua pelajar sekolah di negara ini mempunyai kemahiran
yang tinggi dalam berkomunikasi. Atas factor geografi, sekolah ini terdiri
daripada pelajar yang kebanyakan menggunakan
loghat utara untuk berinteraksi sesama sendiri. Soalan ini diutarakan
oleh pengkaji untuk menilai sejauh mana kelancaran berkomunikasi di kalangan pelajar.Berdasarkan respon yang diperolehi menunjukkan bahawa
seramai 4 responden bersetuju yang mereka ini mengalami kesukaran untuk
berkomunikasi disebabkan factor gagap atau pelat bahasa dan selebihnya iaitu 35
responden tidak mempunyai masalah terhadap factor tersebut. Masalah ini berlaku
disebabkan kelemahan individu sendiri yang kurang lancar ketika berkomunikasi.
Responden yang menghadapi masalah ini perlu mengambil inisiatif untuk
memperbaiki kelemahan tersebut supaya dapat mengurangkan kesukaran ketika
berkomunikasi terutama dalam pembelajaran.
Item
soalan ketujuh merujuk kepada kesukaran memahami pelajaran yang disampaikan
oleh guru di dalam kelas. Berdasarkan respon yang diperolehi mendapati seramai
8 responden menghadapi masalah tersebut. Masalah ini merujuk kepada kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar.
Pengkaji berpendapat responden menghadapi masalah ini atas factor kedudukan
individu di dalam kelas ketika proses P&P berlangsung. Kedukan pelajar yang
berada agak belakang menyebabakan pelajar tidak memberi perhatian ketika guru
sedang mengajar. Atas factor tersebut menyebabkan pelajar itu tidak memahami
apa yang di ajar oleh guru. Guru perlu memastikan apa yang di ajar difahami
sepenuhnya oleh pelajar . Pelajar itu juga perlu menggunakan kemahiran
komunikasi yang ada untuk mengajukan pertanyaan tertentu kepada guru jika tidak
memahami sesuatu yang diajar oleh guru. Peranan guru dan pelajar mestilah
bertindak bersama supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan.
Item
soalan seterus berkaitan dengan jenis bahasa yang digunakan oleh guru yang
menjadi penghalang kepada pelajar untuk berkomunikai dengan baik. Kajian yang
dibuat menunjukkan bahawa hanya 3 responden sahaja yang bersetuju terhadap
solan tersebut. Bahasa yang digunakan oleh guru ialah bahasa Melayu dan bahasa
Enggeris. Guru yang mengajar subjek Malaysian University English Test ( MUET )
sahaja menggunakan bahasa Enggeris berbanding subjek lain yang diajar dalam
bahasa Melayu sepenuhnya. Tinjauan menunjukkan semua pelajar di sekolah ini
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan . Pengkaji beranggapan
hanya segelitir sahaja responden yang mengalami masalah ini disebabkan oleh
faktor kurang mahir berbahasa Enggeris.
Selebihnya menunjukkan responden tidak mempunyai masalah untuk menguasai
samada bahasa Melayu atau bahasa Enggeris.
Langkah-langkah mengatasi masalah
komunikasi
Dapatan
kajian menunjukkan bahawa responden mengambil langkah-langkah tertentu untuk
mengatasi masalah komunikasi. Elemen mengenai langkah yang diambil oleh pelajar
ini terkandung dalam Bahagian C soal selidik yang mengandungi dua soalan.
Soalan
kesembilan yang terdapat dalam soal selidik menyentuh tentang keputusan pelajar
untuk mengambil tindakan susulan jika mengalami masalah dalam komunikasi. Hasil
penemuan menunjukkan 28 responden bersetuju bahawa mereka ini secara berhemah
mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah komunikasi. Tindakan
responden di lihat berada tahap yang memuaskan memandang kesemua responden
sedar akan penting tanggungjawab untuk memastikan mereka dapat berkomunikasi
dengan berkesan. 11 responden selebihnya mendapati mereka tidak mengambil
tindakan susulan sekiranya mengalami masalah komunikasi. Responden ini
seharusnya mengenalpasti kelemahan yang
wujud dan mengambil tindakan susulan supaya dapat berinteraksi dengan baik di
kalangan pelajar.
Soalan
terakhir iaitu soalan terakhir yang diajukan kepada responden berkaitan
tindakan individu mengelakkan diri dari beremosi ketika berkomunikasi. Hasil
penemuan mendapati bahawa hanya 10 sahaja responden yang mengelakkan dari
beremosi ketika berkomunikasi. Pengkaji berpendapat bahawa respon yang
diberikan menunjukkan bahawa rata-rata pelajar tingkatan enam masih gagal untuk
mengawal emosi ketika berkomunikasi. Pelajar yang gagal mengawal emosi akan
menyebabkan kelancaran berkomunikasi terganggu dimana individu lain yang
terlibat akan tersentuh apabila melihat reaksi yang dizahirkan oleh pelajar
tersebut.
Langkah
yang perlu diambil ialah perlu mengawal emosi seperti marah kerana mesej yang
ingin disampai diterima sepenuhnya
secara jelas kepada penerima.
5.3
IMPLIKASI PENYELIDIKAN
Secara amnya, apa yang dibentangkan
dalam penyelidikan ini mempunyai kesan terhadap penguasaan komunikasi pelajar
pada masa hadapan khususnya dalam tingkatan enam selepas menamatkan pengajiannya
iaitu STPM. Penyelidikan terhadap penguasaan komunikasi di kalangan pelajar
dipilih kerana kajian lepas diperolehi mendapati penguasaan komunikasi
dikalangan pelajar secara purata masih berada di tahap yang memuaskan.
Penyelidik berasa bertanggungjawab memastikan kaedah komunikasi yang diamalkan
di sekolah berkesan supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran komunikasi para
pelajar khususnya pelajar tingkatan enam. Oleh hal yang demikian, para pelajar
perlulah berusaha untuk memperbaiki kemahiran komunikasi masing-masing untuk
memastikan mereka dapat menjalani proses komunikasi berkesan dalam proses
pembelajaran mereka. Selain itu, pihak guru juga perlulah bekerjasama dengan
para pelajar seperti mempertingkatkan kemahiran komunikasi sendiri agar para
pelajar dapat hasil yang berkesan dalam proses pengajaran di dalam kelas.
5.4
CADANGAN PENYELIDIKAN LANJUTAN
Penyelidikan ini mendapati bahawa
terdapat beberapa kelemahan dan batasan yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan
lagi .Untuk tujuan tersebut ,beberapa cadangan telah dikemukan untuk membantu
meningkatkan mutu serta keunggulan penyelidikan yang akan datang .Berikut
merupakan cadangan-cadangan tersebut :
i. Bilangan responden ditambah dan skop penyelidikan diperluaskan
supaya dapatan
penyelidikan
mempunyai tahap kesahihan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta
signifikannya .
ii Penyelidikan ini juga sepatutnya dijalankan ke
atas para pelajar tingkatan 6 di
sekolah lain yang mempunyai aliran yang berbeza seperti aliran sains
mahupun aliran agama (STAM) agar gambaran yang lebih menyeluruh dapat
diperolehi .
iii Selain itu juga analisa statistik yang lebih
teperinci dengan menggunakan perisian khusus seperti perisian Statistical
Package For The Science Sosial atau lebih dikenali sebagai SSPS haruslah
digunakan agar kewibawaan dapatan penyelidikan dapat ditingkatkan lagi.
5.5 KESIMPULAN
Secara konklusinya, hasil daripada kajian yang telah kami lakukan
berkenaan dengan tajuk keberkesanan komunikasi dalam pembelajaran pelajar
tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting dalam konteks Pengajian
Perniagaan telah mendapat kata putus daripada 39 orang responden hasil daripada
borang soal selidik yang telah kami sediakan. Kami mendapati bahawa majoriti
daripada semua pelajar memahami maksud komunikasi. Hal ini mungkin disebabkan
semua responden mengambil matapelajaran Pengajian Perniagaan dalam STPM.
Berdasarkan kepada keputusan kajian di
atas ternyata aspek kebimbangan komunikasi di
kalangan pelajar tingkatan enam Sekolah
Menengah Kebangsaan Kamunting merupakan satu realiti dan bukannya mitos. Oleh
itu kita harus menerima hakikat bahwasanya terdapat sebilangan kecil pelajar tingkatan
enam Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
yang masih menghadapi masalah ketika
berkomunikasi. Perkara ini jika dibiarkan akan hanya
merugikan pelajar itu sendiri kerana
kebiasaanya pelajar yang tinggi tahap kebimbangan
komunikasi sukar diterima bekerja,
pasif, dan kurang bergaul.
Maka adalah menjadi tugas kita bersama
untuk melengkapkan pelajar dengan
aspek kemahiran berkomunikasi disamping
membantu meningkatkan kecemerlangan
akademik mereka. Pelajar itu sendiri
juga perlu memainkan peranan untuk mengubah
sikapnya dan mengambil langkah-langkah
yang sewajarnya untuk mengatasi perasaan
takut berkomuniksi dan meletakkan
permasalahan ini dalam perspektif yang lebih luas.
Sehubungan dengan itu adalah amat
mustahat bagi semua pihak untuk melihat
permasalahan ini sebagai sesuatu
fenomena yang sejagat kerana ia wujud dimana-mana
sahaja dan boleh berlaku kepada sesiapa
sahaja. Langkah-langkah untuk meningkatkan
kemahiran komunikasi perlu dilakukan
secara berterusan memandangkan golongan
pelajar ini merupakan pelajar ini merupakan mereka yang bakal mengurus
dan mentadbir negara kita di masa hadapan.
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
KOMUNIKASI
TANDAKAN [/] PADA RUANG
‘YA’ ATAU ‘TIDAK’ BERDASARKAN PILIHAN ANDA.
JANTINA:LELAKI/PEREMPUAN UMUR:
BIL.
|
SOALAN
|
YA
|
TIDAK
|
1.
|
Adakah anda faham tentang
komunikasi?
|
||
2.
|
Adakah komunikasi penting dalam
pembelajaran anda?
|
||
3.
|
Adakah anda sentiasa bersedia
untuk menerima mesej yang akan disampaikan?
|
||
4.
|
Adakah anda akan mengambil
tindakan segera setelah menerima mesej?
|
||
5.
|
Adakah anda menghadapi masalah
untuk berkomunikasi dengan guru ketika di dalam kelas?
|
||
6.
|
Adakah anda mengalami kesukaran
untuk berkomunikasi disebabkan faktor gagap atau pelat berbahasa?
|
||
7.
|
Adakah anda mengalami kesukaran
untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas?
|
||
8.
|
Adakah sukar untuk anda memahami
bahasa yang digunakan oleh guru ketika proses P&P berlangsung?
|
||
9.
|
Adakah anda mengambil tindakan
susulan sekiranya anda mengalami masalah komunikasi?
|
||
10.
|
Adakah anda akan mengelakkan diri
daripada beremosi ketika berkomunikasi ?
|
BANGSA:MELAYU/ CINA/
INDIA
BIBLOGRAFI
Al-Quran
Abdullah Basmeih (2001). Tafsir
Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al- Quran. Kuala Lumpur :
Jabatan Perdana Menteri.
Buku
Abdullah Hassan, Ainon Mohd.
(1999). Komunikasi untuk Pelajar. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Ab. Rahim Selamat (2000).
Kemahiran dalam sekolah Bestari. Johor Bharu : Badan Cemerlang Sdn. Bhd.
Abdull Sukor Shaari, Prof. Madya
Dr. Nuraini Yusoff, Mohd Isha Awang (2003). Bahasa Melayu
Komunikasi. Pahang : PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad
(2000). Panduan Pengucapan Awam. Selangor : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ahmad Mohd. Salleh (2003).
Pendidikan Islam: Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran.
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Jack G. McAuley (Terjemahan:
Mohd. Safar Hashim, Fatimah Yusooff) (1988). Komunikasi Antara
Manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Najib Abdul Ghafar
(1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor : Universiti Teknologi Malaysia .
Abdullah Hassan (2001).
Komunikasi untuk Pendakwah. Pahang : PTS Publications & Distributor Sdn.
Bhd.
Samsuddin A. Rahim (2003).
Komunikasi Asas. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wells (1970) dan Weiner (1973).keberkesanan
Komunikasi: http/www google.com/komunikasi
INTERNET
http:/
www.facebook.com/richard bach/komunikasi
http:/www.google.com/kesan
komunikasi
http:/www.blogspot.com/A.Samad
Said/halangan komunikasi
ikhlas dari kami.......
No comments:
Post a Comment
hahaha...
sila comment ...