25 July 2012

cara-cara memupuk semangat perpaduan di sekolah

   Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek.

   Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

   Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.

   Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK (C), dan SRJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.

   Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

   Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam mempertingkatkan lagi nilai-nilai perpaduan dan mewujudkan masyarakat yang cinta akan negara dan saling berkerjasama antara satu sama lain ibarat "berat sama dipikul ringan sama dijinjing".

kebaikan dan keburukan telefon bimbit [sms&mms]

   Dahulu telefon bimbit dianggap sebagai satu barangan mewah, di mana telefon jenis ini dimiliki oleh orang kaya sahaja. Kini, telefon bimbit dijual dengan harga murah dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.
 

   Kebaikan penggunaan telefon bimbit adalah memudahkan seseorang membuat panggilan. Di samping itu, pengguna telefon bimbit dapat menghantar SMS (Short Messages System) dan MMS (Multimedia Messages System) kepada orang lain dengan mudah dan cepat. Kemudahan ini sebenarnya dapat merapatkan hubungan antara manusia. Misalnya, syarikat Celcom, Digi dan Maxis dengan bantuan satelit dapat membantu pengguna telefon bimbit untuk menghubungi sesiapa sahaja di mana juga dia berada dan pada bila-bila masa.
   
   Penggunaan telefon bimbit ini juga membantu seseorang mendapatkan informasi terkini. Contohnya, masa. Selain itu, telefon bimbit membolehkan muat turun (download) pesanan secara langsung dalam beberapa minit sahaja. Misalnya, Jabatan Pengangkutan Jalan telah mewajibkan semua kenderaan berat untuk melekatkan nombor SMS (no 39900 bagi JPJ Pulau Pinang) di belakang kenderaan supaya mereka akan mendapat informasi mengenai pemandu yang berbahaya di jalan raya. Cara ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
   
   Sebaliknya, penggunaan telefon bimbit ini juga mempunyai keburukan. Sering terdapat gangguan daripada pihak yang tidak dikenali dan berlaku penyebaran khabar angin. Di samping itu, terdapat juga pesanan atau panggilan berunsur lucah mengganggu pengguna telefon bimbit, terutama pengguna wanita. Kelakuan sedemikian boleh menyebabkan keruntuhan moral di kalangan generasi muda.

   Penggunaan telefon bimbit yang keterlaluan akan menyebabkan pembaziran wang. Kadar setiap panggilan menggunakan telefon bimbit adalah tinggi. Perbualan yang tidak penting membolehkan pengguna membazir wang. Ada pula pelajar merugikan wang ibu bapa berbual kosong dengan kawan-kawan. Apabila wang ‘prepaid’ sudah habis, mereka akan meminta wang daripada ibu bapa untuk ‘top-up’. Kadangkala mereka meminta ibu bapa membelikan set telefon bimbit yang mahal semata-mata untuk berlagak di hadapan kawan sedangkan tujuannya adalah untuk komunikasi.
  
    Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit ada kebaikan dan keburukan. Ia perlu digunakan sebaik-baiknya mengikut keperluan.

09 June 2012

dasar dalam negara

Dasar perswastaan
- kurangkan beban kewangan kerajaan
kualiti meningkat
kecekapan meningkat
produktiviti meningkat
persaingan meningkat
kurangkan beban kerajaan
tingkatkan usahawan bumiputera

Dasar peningkatan daya pengeluaran
sumber negara digunakan secara optimum
ekonomi negara meningkat
stabilkan ekonomi negara
elakkan pembaziran
perniagaan lebih cekap
pengeluaran meningkat dengan menggunakan teknologi
untuk lahirkan sumber manusia yang cekap
supaya Malaysia dapat bersaing dengan negara lain

Dasar perbandaran
seimbangkan ekonomi bandar dan luar bandar
wujudkan persekitaran yang kondusif

Dasar perindustrian
untuk lahirkan tenaga mahir
untuk kurangkan import barangan
untuk kurangkan import teknologi
wujudkan peluang pekerjaan
jadikan Malaysia negara maju

Dasar pensyarikatan malaysia
awam dan swasta bekerjasama
awam dan swasta berkongsi maklumat
guna teknologi moden dalam pengurusan
hasil negara meningkat
negara milik bersama
kurangkan masalah birokrasi
lahirkan etika kerja yang positif

Dasar automotif negara
Malaysia jadi pusat serantau
permit import dihapuskan
cukai kereta import dihapuskan

Dasar belia negara
Lahirkan usahawan yang berdaya saing
Lahirkan generasi yang aktif,bersopan santun dan berperibadi  mulia

Dasar bioteknologi negara
Hasilkan ubat daripada sumber asli
Hasilkan tenaga yang mesra alam
Dasar kebudayaan kebangsaan
pelihara peribadi kebangsaan
untuk lahirkan komunikasi yang berkesan

Dasar kependudukan
sediakan sumber manusia
sediakan pasaran bagi keluaran tempatan
untuk kukuhkan keselamatan negara
sediakan permintaan untuk keluaran IKS

Dasar pandang ke timur
supaya etika pekerja meningkat
supaya prestasi pengurusan meningkat
supaya produktiviti perkhidmtan awam meningkat
supaya pekerja rajin,bersemangat untuk bekerja,berdisiplin
hantar pelajar ke Jepun,Korea
untuk meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan awam

Dasar pelajaran kebangsaan
melahirkan tenaga kerja
supaya rakyat bersatu padu
lahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin
sediakan sumber manusia yang terlatih
untuk kembangkan budaya,sosio,politik negara

Dasar pembangunan nasional
dipanggil RRJP2
lahirkan tenaga kerja yang mahir
lahirkan tenaga kerja yang berpendidikan
bertujuan mencapai perpaduan
penglibatan swasta untuk mencapai objektif
sektor awam sediakan infrastruktur yang cukup
pelbagaikan kegiatan ekonomi

Dasar penerapan nilai-nilai islam
pekerja bersikap positif
untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan awam
untuk tingkatkan produktiviti perkhidmatan awam
pekerja bertanggungjawab
guna kaedah pejabat terbuka
pekerja guna kad perakam waktu
untuk lahirkan masyarakat bermaruah,ada identiti dan disegani

Dasar pengurangan perbelanjaan negara
untuk kurangkan defisit belanjawan negara
untuk rendahkan inflasi
untuk kurangkan hutang negara
untuk kukuhkan kewangan negara
untuk kawal hutang negara supaya tidak bertambah

Dasar sains & teknologi
untuk majukan ekonomi
untuk lahirkan rakyat yang tahu merekacipta
untuk sejahterakan rakyat
-lahirkan rakyat yang guna sains & teknologi untuk majukan negara

Dasar sogososha
produk tempatan diluaskan ke luar negara
produk tempatan yang dieksport ditingkatkan
pemindahan teknologi ke luar negara
pemindahan pengetahuan ke luar negara
- syarikat milik Malaysia buka rangkaian di luar negara
produk Malaysia dimajukan kerana diekspot
perniagaan berskala besar
perniagaan di peringkat antarabangsa

Dasar sosial negara
seimbangkan pembangunan fizikal dan rohani
lahirkan masyarakat maju
bangunkan masyarakat sepanjang hayat
keperluan asas semua pihak dipenuhi
lahirkan masyarakat yang mantap sosial,ekonomi dan teknologi

Dasar telekomunikasi negara
lahirkan masyarakat yang bermaklumat

Dasar wanita negara
hapuskan diskriminasi dalam perkhidmatan
untuk tingkatkan mutu perkhidmatan

Dasar wawasan negara
dapat tingkatkan pengetahuan
dapat tingkatkan pengeluaran
boleh hasilkan barangan dan perkhidmatan yang boleh bersaing dengan negara lain
untuk majukan ekonomi berasaskan pengetahuan
dapat bangunkan sumber manusia
untuk bangunkan ekonomi dan sosial

Dasar wawasan 2020
jadikan Malaysia jadi negara maju
basmi kemiskinan semua kaum

Pelan induk ekonomi berdasarkan pengetahuan/k-ekonomi
hasilkan produk baru yang produktif
hasilkan kemahiran yang produktif
untuk bangunkan teknologi maklumat
untuk bangunkan telekomunikasi
lahirkan tenaga buruh yang berpendidikan tinggi  

Kampen belilah barangan buatan malaysia
kurangkan import

Pelan induk perindustrian3 [PIP3]
perbanyakkan industri berat
pendapatan negara meningkat
untuk pembangunan insan

Pelan induk perinsudtrian
lahirkan PKS
pelbagaikan eksport
kurangkan import
beli barangan buatan Malaysia
tingkatkan pelaburan tempatan
majukan industri barangan getah
majukan industri barangan kelapa sawit

Pelan pemulihan ekonominegara
untuk kurangkan pengangguran
untuk kurangkan kesan kepada pendapatan isi rumah

Dasar pertanian negara ke3
hubungan yang erat antara sektor pertanian,perindustrian dan perkhidmatan
tingkatkan sekuriti makanan
guna bioteknologi dalam pertanian

Dasar pertanian negara
untuk tingkatkan pendapatan petani
untuk tingkatkan eksport (pertanian)
untuk tingkatkan kualiti hasil pertanian
bangunkan kampung tradisional
penglibatan swasta dalam pertanian
swastakan projek pertanian
tubuh koperasi ladang
urus pertanian secara profesional

Dana harta nasional berhad/ MTEN
ambilalih syarikat yang ada masalah kewangan
kukuhkan nilai matawang

Dasar hala cara baru dalam pembangunan kampung
kebun kecil diurus secara ladang
wujudkan industri di kampung
wujudkan PKS di kampung
tingkatkan hasil kampung
hasil kampung bermutu
tingkatkan eksport hasil kampung
taraf hidup petani meningkat
pendapatan petani meningkat

Dasar ekonomi baru
RMK 2,RMK 3,RMK 4
basmi kemiskinan
susun semula masyarakat
bina perpaduan

Dasar intelek negara
tingkatkan kemakmuran
tingkatkan ekonomi

Dasar semasa Tunku Abdul Rahman
dasar pro barat kerana ada ancaman daripada pihak komunis

RMK9
kukuhkan PKS
lahirkan sumber manusia yang berilmu sains & teknologi,berilmu,kreatif,inovatif,minda kelas pertama,seimbangkan sosio-ekonomi rakyat

Dasar pentadbiran british
galakkan kemasukan buruh China
galakkan kemasukan buruh India
buka ladang getah
ekploit galian dan bahan mentah

Dasar perindustrian berat
untuk majukan industri
untuk kembangkan industri hiliran
import teknologi luar
pinjam pakar dari luar negara
kerajaan beri pinjaman kredit dan subsidi
lahirkan PKS
contohnya Kedah Cement

Dasar sukan negara
lahirkan masyarakat yang sihat
lahirkan masyarakat yang berdisiplin
lahirkan masyarakat yang bersatu padu
sediakan kemudahan (bersukan,fisiologi dan psikologi)

Dasar tenaga hijau
untuk hasilkan tenaga yang mesra alam
untuk hasilkan tenaga alternatif untuk menggantikan sumber tenaga sedia ada
untuk tingkatkan kualiti hidup dasar warga tua
untuk tingkatkan martabat mereka
untuk majukan potensi mereka
supaya mereka lebih produktif
supaya mereka aktif
supaya mereka dihormati

Kepimpinan melalui tauladan
dapat tingkatkan kualiti dalam perkhidmatan awam
dapat tingkatkan produktiviti dalam perkhidmatan awam

Misi nasional / RMK9
untuk lahirkan masyarakat yang berilmu
untuk lahirkan masyarakat yang kreatif
untuk lahirkan masyarakat yang inovatif
untuk lahirkan masyarakat yang ada minda kelas pertama
untuk seimbangkan sosio-ekonomi rakyat

Penyata razak
dasar pelajaran kebangsaan
bahasa pengantar yang sama
guna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
kurikulum yang sama

RMK4
Dasar beli barangan Malaysia
Dasar pertanian negara
Dasar persyarikatan Malaysia
Dasar produktivi