25 July 2012

cara-cara memupuk semangat perpaduan di sekolah

   Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek.

   Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.

   Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.

   Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SRK, SRJK (C), dan SRJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.

   Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

   Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam mempertingkatkan lagi nilai-nilai perpaduan dan mewujudkan masyarakat yang cinta akan negara dan saling berkerjasama antara satu sama lain ibarat "berat sama dipikul ringan sama dijinjing".

kebaikan dan keburukan telefon bimbit [sms&mms]

   Dahulu telefon bimbit dianggap sebagai satu barangan mewah, di mana telefon jenis ini dimiliki oleh orang kaya sahaja. Kini, telefon bimbit dijual dengan harga murah dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja.
 

   Kebaikan penggunaan telefon bimbit adalah memudahkan seseorang membuat panggilan. Di samping itu, pengguna telefon bimbit dapat menghantar SMS (Short Messages System) dan MMS (Multimedia Messages System) kepada orang lain dengan mudah dan cepat. Kemudahan ini sebenarnya dapat merapatkan hubungan antara manusia. Misalnya, syarikat Celcom, Digi dan Maxis dengan bantuan satelit dapat membantu pengguna telefon bimbit untuk menghubungi sesiapa sahaja di mana juga dia berada dan pada bila-bila masa.
   
   Penggunaan telefon bimbit ini juga membantu seseorang mendapatkan informasi terkini. Contohnya, masa. Selain itu, telefon bimbit membolehkan muat turun (download) pesanan secara langsung dalam beberapa minit sahaja. Misalnya, Jabatan Pengangkutan Jalan telah mewajibkan semua kenderaan berat untuk melekatkan nombor SMS (no 39900 bagi JPJ Pulau Pinang) di belakang kenderaan supaya mereka akan mendapat informasi mengenai pemandu yang berbahaya di jalan raya. Cara ini dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
   
   Sebaliknya, penggunaan telefon bimbit ini juga mempunyai keburukan. Sering terdapat gangguan daripada pihak yang tidak dikenali dan berlaku penyebaran khabar angin. Di samping itu, terdapat juga pesanan atau panggilan berunsur lucah mengganggu pengguna telefon bimbit, terutama pengguna wanita. Kelakuan sedemikian boleh menyebabkan keruntuhan moral di kalangan generasi muda.

   Penggunaan telefon bimbit yang keterlaluan akan menyebabkan pembaziran wang. Kadar setiap panggilan menggunakan telefon bimbit adalah tinggi. Perbualan yang tidak penting membolehkan pengguna membazir wang. Ada pula pelajar merugikan wang ibu bapa berbual kosong dengan kawan-kawan. Apabila wang ‘prepaid’ sudah habis, mereka akan meminta wang daripada ibu bapa untuk ‘top-up’. Kadangkala mereka meminta ibu bapa membelikan set telefon bimbit yang mahal semata-mata untuk berlagak di hadapan kawan sedangkan tujuannya adalah untuk komunikasi.
  
    Kesimpulannya, penggunaan telefon bimbit ada kebaikan dan keburukan. Ia perlu digunakan sebaik-baiknya mengikut keperluan.

09 June 2012

dasar dalam negara

Dasar perswastaan
- kurangkan beban kewangan kerajaan
- kualiti meningkat
- kecekapan meningkat
- produktiviti meningkat
- persaingan meningkat
- kurangkan beban kerajaan
- tingkatkan usahawan bumiputera

Dasar peningkatan daya pengeluaran
- sumber negara digunakan secara optimum
- ekonomi negara meningkat
- stabilkan ekonomi negara
- elakkan pembaziran
- perniagaan lebih cekap
- pengeluaran meningkat dengan menggunakan teknologi
- untuk lahirkan sumber manusia yang cekap
- supaya Malaysia dapat bersaing dengan negara lain

Dasar perbandaran
- seimbangkan ekonomi bandar dan luar bandar
- wujudkan persekitaran yang kondusif

Dasar perindustrian
- untuk lahirkan tenaga mahir
- untuk kurangkan import barangan
- untuk kurangkan import teknologi
- wujudkan peluang pekerjaan
- jadikan Malaysia negara maju

Dasar pensyarikatan malaysia
- awam dan swasta bekerjasama
- awam dan swasta berkongsi maklumat
- guna teknologi moden dalam pengurusan
- hasil negara meningkat
- negara milik bersama
- kurangkan masalah birokrasi
- lahirkan etika kerja yang positif

Dasar automotif negara
- Malaysia jadi pusat serantau
- permit import dihapuskan
- cukai kereta import dihapuskan

Dasar belia negara
- Lahirkan usahawan yang berdaya saing
- Lahirkan generasi yang aktif,bersopan santun dan berperibadi  mulia

Dasar bioteknologi negara
- Hasilkan ubat daripada sumber asli
- Hasilkan tenaga yang mesra alam
Dasar kebudayaan kebangsaan
- pelihara peribadi kebangsaan
- untuk lahirkan komunikasi yang berkesan

Dasar kependudukan
- sediakan sumber manusia
- sediakan pasaran bagi keluaran tempatan
- untuk kukuhkan keselamatan negara
- sediakan permintaan untuk keluaran IKS

Dasar pandang ke timur
- supaya etika pekerja meningkat
- supaya prestasi pengurusan meningkat
- supaya produktiviti perkhidmtan awam meningkat
- supaya pekerja rajin,bersemangat untuk bekerja,berdisiplin
- hantar pelajar ke Jepun,Korea
- untuk meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan awam

Dasar pelajaran kebangsaan
- melahirkan tenaga kerja
- supaya rakyat bersatu padu
- lahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin
- sediakan sumber manusia yang terlatih
- untuk kembangkan budaya,sosio,politik negara

Dasar pembangunan nasional
- dipanggil RRJP2
- lahirkan tenaga kerja yang mahir
- lahirkan tenaga kerja yang berpendidikan
- bertujuan mencapai perpaduan
- penglibatan swasta untuk mencapai objektif
- sektor awam sediakan infrastruktur yang cukup
- pelbagaikan kegiatan ekonomi

Dasar penerapan nilai-nilai islam
- pekerja bersikap positif
- untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan awam
- untuk tingkatkan produktiviti perkhidmatan awam
- pekerja bertanggungjawab
- guna kaedah pejabat terbuka
- pekerja guna kad perakam waktu
- untuk lahirkan masyarakat bermaruah,ada identiti dan disegani

Dasar pengurangan perbelanjaan negara
- untuk kurangkan defisit belanjawan negara
- untuk rendahkan inflasi
- untuk kurangkan hutang negara
- untuk kukuhkan kewangan negara
- untuk kawal hutang negara supaya tidak bertambah

Dasar sains & teknologi
- untuk majukan ekonomi
- untuk lahirkan rakyat yang tahu merekacipta
- untuk sejahterakan rakyat
-lahirkan rakyat yang guna sains & teknologi untuk majukan negara

Dasar sogososha
- produk tempatan diluaskan ke luar negara
- produk tempatan yang dieksport ditingkatkan
- pemindahan teknologi ke luar negara
- pemindahan pengetahuan ke luar negara
- syarikat milik Malaysia buka rangkaian di luar negara
- produk Malaysia dimajukan kerana diekspot
- perniagaan berskala besar
- perniagaan di peringkat antarabangsa

Dasar sosial negara
- seimbangkan pembangunan fizikal dan rohani
- lahirkan masyarakat maju
- bangunkan masyarakat sepanjang hayat
- keperluan asas semua pihak dipenuhi
- lahirkan masyarakat yang mantap sosial,ekonomi dan teknologi

Dasar telekomunikasi negara
- lahirkan masyarakat yang bermaklumat

Dasar wanita negara
- hapuskan diskriminasi dalam perkhidmatan
- untuk tingkatkan mutu perkhidmatan

Dasar wawasan negara
- dapat tingkatkan pengetahuan
- dapat tingkatkan pengeluaran
- boleh hasilkan barangan dan perkhidmatan yang boleh bersaing dengan negara lain
- untuk majukan ekonomi berasaskan pengetahuan
- dapat bangunkan sumber manusia
- untuk bangunkan ekonomi dan sosial

Dasar wawasan 2020
- jadikan Malaysia jadi negara maju
- basmi kemiskinan semua kaum

Pelan induk ekonomi berdasarkan pengetahuan/k-ekonomi
- hasilkan produk baru yang produktif
- hasilkan kemahiran yang produktif
- untuk bangunkan teknologi maklumat
- untuk bangunkan telekomunikasi
- lahirkan tenaga buruh yang berpendidikan tinggi  

Kampen belilah barangan buatan malaysia
- kurangkan import

Pelan induk perindustrian3 [PIP3]
- perbanyakkan industri berat
- pendapatan negara meningkat
- untuk pembangunan insan

Pelan induk perinsudtrian
- lahirkan PKS
- pelbagaikan eksport
- kurangkan import
- beli barangan buatan Malaysia
- tingkatkan pelaburan tempatan
- majukan industri barangan getah
- majukan industri barangan kelapa sawit

Pelan pemulihan ekonominegara
- untuk kurangkan pengangguran
- untuk kurangkan kesan kepada pendapatan isi rumah

Dasar pertanian negara ke3
- hubungan yang erat antara sektor pertanian,perindustrian dan perkhidmatan
- tingkatkan sekuriti makanan
- guna bioteknologi dalam pertanian

Dasar pertanian negara
- untuk tingkatkan pendapatan petani
- untuk tingkatkan eksport (pertanian)
- untuk tingkatkan kualiti hasil pertanian
- bangunkan kampung tradisional
- penglibatan swasta dalam pertanian
- swastakan projek pertanian
- tubuh koperasi ladang
- urus pertanian secara profesional

Dana harta nasional berhad/ MTEN
- ambilalih syarikat yang ada masalah kewangan
- kukuhkan nilai matawang

Dasar hala cara baru dalam pembangunan kampung
- kebun kecil diurus secara ladang
- wujudkan industri di kampung
- wujudkan PKS di kampung
- tingkatkan hasil kampung
- hasil kampung bermutu
- tingkatkan eksport hasil kampung
- taraf hidup petani meningkat
- pendapatan petani meningkat

Dasar ekonomi baru
- RMK 2,RMK 3,RMK 4
- basmi kemiskinan
- susun semula masyarakat
- bina perpaduan

Dasar intelek negara
- tingkatkan kemakmuran
- tingkatkan ekonomi

Dasar semasa Tunku Abdul Rahman
- dasar pro barat kerana ada ancaman daripada pihak komunis

RMK9
- kukuhkan PKS
- lahirkan sumber manusia yang berilmu sains & teknologi,berilmu,kreatif,inovatif,minda kelas pertama,seimbangkan sosio-ekonomi rakyat

Dasar pentadbiran british
- galakkan kemasukan buruh China
- galakkan kemasukan buruh India
- buka ladang getah
- ekploit galian dan bahan mentah

Dasar perindustrian berat
- untuk majukan industri
- untuk kembangkan industri hiliran
- import teknologi luar
- pinjam pakar dari luar negara
- kerajaan beri pinjaman kredit dan subsidi
- lahirkan PKS
- contohnya Kedah Cement

Dasar sukan negara
- lahirkan masyarakat yang sihat
- lahirkan masyarakat yang berdisiplin
- lahirkan masyarakat yang bersatu padu
- sediakan kemudahan (bersukan,fisiologi dan psikologi)

Dasar tenaga hijau
- untuk hasilkan tenaga yang mesra alam
- untuk hasilkan tenaga alternatif untuk menggantikan sumber tenaga sedia ada
- untuk tingkatkan kualiti hidup dasar warga tua
- untuk tingkatkan martabat mereka
- untuk majukan potensi mereka
- supaya mereka lebih produktif
- supaya mereka aktif
- supaya mereka dihormati

Kepimpinan melalui tauladan
- dapat tingkatkan kualiti dalam perkhidmatan awam
- dapat tingkatkan produktiviti dalam perkhidmatan awam

Misi nasional / RMK9
- untuk lahirkan masyarakat yang berilmu
- untuk lahirkan masyarakat yang kreatif
- untuk lahirkan masyarakat yang inovatif
- untuk lahirkan masyarakat yang ada minda kelas pertama
- untuk seimbangkan sosio-ekonomi rakyat

Penyata razak
- dasar pelajaran kebangsaan
- bahasa pengantar yang sama
- guna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- kurikulum yang sama

RMK4
- Dasar beli barangan Malaysia
- Dasar pertanian negara
- Dasar persyarikatan Malaysia
- Dasar produktivi